Wednesday 14 October 2015

Filled Under:

Salma Protege Erra Fazira Selamat Melahirkan Anak Perempuan


KUALA LUMPUR MALAYSIA : Pasangan dan penyanyi kelahiran program realiti tv, Azri dan Salma sekarang bergelar ibu bapa semalam. Salma penyanyi daripada program yang popular mencari bakat Mentor TV3 musim kelima menjadi protege Erra Fazira selamat melahirkan anak perempuan 9.31 malam 13/10/2015.

Bayi seberat 4.1 kilogram itu lahir secara pembedahan di Hospital Serdang. Azri yang juga bintang Akademi Fantasia musim kesembilan turut berkongsi keterujaannya. Pasangan ini berkahwin hujung Januari lalu. Ia perkahwinan pertama buat Azri dan kedua buat Salma.


Anak Salma menerusi perkahwinan pertama kini sudah berusia lapan tahun. "Keputusan untuk dia melahirkan anak ini agak mencemaskan saya sebenarnya. Doktor beritahu pembedahan ini berisiko tinggi kepada ibu dan jika dilahirkan secara normal ia akan berisiko kepada si anak pula." Doktor sebenarnya melihat kandungan bayi dalam perutnya agak besar dan mencadangkan untuk melakukan pembedahan saja.

Bahkan doktor turut memberitahu jika mahu bayi dilahirkan secara normal dibolehkan tetapi jika lambat keluar, akan menyebabkan bayi lemas atau cacat," katanya lagi. Salma dan Azri sepakat memberikan nama Andi Raisya Mohamad Azri kepada cahaya mata sulung mereka.





0 comments:

Post a Comment