Sunday 18 October 2015

[RESEPI RINGKAS] BAWAL MASAM MANIS / SWEET SOUR


RESEPI RINGKAS BAWAL MASAM MANIS / SWEET SOUR sungguh menyelerakan.


Bahan-bahannya :

[●] 1 ekor bawal
[●] 1 biji tomato dipotong dadu
[●] 1 biji bawang besar dipotong bulat
[●] 1 sudu kicap manis
[●] 1 sudu sos cili
[●] Daun sup
[●] Garam
[●] Minyak

Bahan A:

[●] 1 biji bawang besar
[●] 3 ulas bawang putih
[●] 5 cm halia
[●] 1 biji cili merah

Cara-caranya :

1. Goreng ikan bawal yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga garing. ketepikan.

2. Kisar bahan A, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan kicap, sos cili, bawang dan tomato.

3. Masukkan air ikut citarasa, biarkan mendidih.

4. Masukkn garam, biarkn seketika kemudian tutup api. Masukkan sedikit daun sup.

5. Tuangkan sos tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

6. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.


Thursday 15 October 2015

KEK LAPIS 3 DARA COMEL


KEK LAPIS 3 DARA COMEL

Bahan-bahanya :

10 biji telur
450gm mentega
1tin kecil nestle cream
1 tin susu manis
2 gelas tepung gandum
200gm horlick
2 bungkus tepung aiskrim vanila...200gm
1 botol kecil golden syrup
1/2 gelas gula halus
125gm milo

Mentega dipukul hingga kembang dan putih....
Telur + gula dipukul hingga kembang
Campur kedua2 adunan dan pukul hingga rata..
Masukkan susu , nestle , horlick , tpg aiskrim dan tepung.
Gaul sebati bagi 4....
1 - Milo
2 - Hijau
3 - pink + kàya
4- plain
Atau adunan dibagi 4....
Kukus berlapis2
Acuan 8x8.....guna api perlahan

****Bakar...asing kuning dan putih telur ..pukul berasingan..tambah 1 sudu ovalatte...baru disatukan...

Sumber :
Gambar : Mamamia Hariss
.
.
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share supaya fanpage
lebih aktif di News Feed facebook anda.

SELAMAT MENCUBA!!!! 


Wednesday 14 October 2015

Kek Batter Cheesecake


Kek Batter Cheesecake

Bahan-bahan


  • 3 8 bekas oz keju krim, pada suhu bilik (lihat nota)
  • 3 biji telur, pada suhu bilik
  • 1 14 oz boleh susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu besar vanilla
  • 2 sudu kecil ekstrak badam **
  • 1/2 cawan taburan pelangi


Arahan


  1. Panaskan ketuhar anda kepada 375 darjah.
  2. Dengan pengadun anda rendah dan dengan lampiran dayung, pukul bersama-sama keju krim sehingga sebati. 
  3. Kemudian tuangkan ke dalam susu pekat, vanila, dan ekstrak badam manis. 
  4. Akhir sekali, pukul telur. 
  5. Teruskan mencampurkan sehingga anda tidak lagi boleh melihat kuning dan telur sepenuhnya. 
  6. Adunan mungkin mempunyai ketulan lagi pada akhirnya, tetapi tidak apa-apa.
  7. Perlahan-lahan campurkan semua taburan dengan sudu.
  8. Tuangkan adunan ke dalam bentuk spring pan 9 inci dan bakar selama 40 minit. 
  9. Hidupkan ketuhar dan membiarkan kek keju selama satu setengah jam tambahan.
  10. Keluarkan dari ketuhar dan sekurang-kurangnya empat jam dalam peti sejuk.




Nota

Ia adalah benar-benar penting bahawa keju krim adalah dalam suhu bilik. Saya meninggalkan keju krim saya keluar selama beberapa jam untuk mencapai ini. Selain itu, pastikan bahawa anda menggunakan keju jenama krim dan ia adalah lemak penuh.

** Saya telah menerima dua komen bahawa resipi rasa terlalu kuat ekstrak badam. Saya benar-benar suka ekstrak badam dan, jadi bagi saya ia benar-benar berkesan dalam resipi ini. Jika anda tidak suka ekstrak badam, anda boleh mengurangkan jumlah dalam resipi ini. Credit wineanglue.com


Salma Protege Erra Fazira Selamat Melahirkan Anak Perempuan


KUALA LUMPUR MALAYSIA : Pasangan dan penyanyi kelahiran program realiti tv, Azri dan Salma sekarang bergelar ibu bapa semalam. Salma penyanyi daripada program yang popular mencari bakat Mentor TV3 musim kelima menjadi protege Erra Fazira selamat melahirkan anak perempuan 9.31 malam 13/10/2015.

Bayi seberat 4.1 kilogram itu lahir secara pembedahan di Hospital Serdang. Azri yang juga bintang Akademi Fantasia musim kesembilan turut berkongsi keterujaannya. Pasangan ini berkahwin hujung Januari lalu. Ia perkahwinan pertama buat Azri dan kedua buat Salma.


Anak Salma menerusi perkahwinan pertama kini sudah berusia lapan tahun. "Keputusan untuk dia melahirkan anak ini agak mencemaskan saya sebenarnya. Doktor beritahu pembedahan ini berisiko tinggi kepada ibu dan jika dilahirkan secara normal ia akan berisiko kepada si anak pula." Doktor sebenarnya melihat kandungan bayi dalam perutnya agak besar dan mencadangkan untuk melakukan pembedahan saja.

Bahkan doktor turut memberitahu jika mahu bayi dilahirkan secara normal dibolehkan tetapi jika lambat keluar, akan menyebabkan bayi lemas atau cacat," katanya lagi. Salma dan Azri sepakat memberikan nama Andi Raisya Mohamad Azri kepada cahaya mata sulung mereka.



Tuesday 13 October 2015

KEK MILO KUKUS SIMPLE RAKUS


KEK MILO KUKUS SIMPLE RAKUS

Sambil-sambil anda melawat didalam blog ini, apakata anda belajar cara muda buat kek milo kukus simple rakus ini.

Bahan-Bahan :

[+].1 cawan milo
[+].1 cawan gula
[+].1 cawan susu pekat manis
[+].1 cawan minyak masak
[+].1 cawan air Panas
semua di masak hingga larut
[+].2 cawan tepung gandum
[+].1 sudu teh baking powder
[+].1/2 sudu teh soda bekarbonat
Di ayak bersama
[+].3 biji telur.
di pukul kembang

CARA-CARA :

Masukkan telur dalam campuran milo.
kacau rata.
Masukkan tepung
sebatikan
Kukus 1 jam.

Jangan lupa tnggalkan komen anda didalam blog ini ye, terima kasih.


Monday 12 October 2015

Homemade Aiskrim Meletop !!!


Buat hOmemade aiskrim lagi hari ini buat ikut resepi lain pulak, kali ini dapat 5 bekas besar, berbaloi sangat ikut resepi ini!! Bawah ini disertakan resepinya sekali....

BAHAN (Pakai MIXER)

• 1 tin susu pekat
• 2 tin air (sukat pakai tin susu)
• 1 sudu besar Ovalate
• 1 sudu besar tpg jgung
• 1 sudu kecik esen vanila

Cara-cara

  1. Susu pekat dan air di satukan dalam periuk,letak tepung jagung kacau hingga sebati. 
  2. Masak atas api tak perlu lama-lama sangat dan sejukkan. (Kalau manis tambah air hingga manis). 
  3. Masukan ovalate dan esen vanila, mixer hingga gebu dan kembang. (Kalau tambah air Ovalate pun tambah,agak-agak sahaja). 
  4. selepas itu boleh masukan perisa yang anda suka dan bekukan..


Selamat mencuba dan jangan lupa komen & share resepi ini.

sumber : wawa alias


RESEPI LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE SIMPLE


RESEPI LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE SIMPLE

**Bahan - Bahannya :

[#]300ml susu segar
[#]6 keping keju kraft / 150g cream cheese
[#]3 biji telur gred A
[#]90g gula halus
[#]110g tepung gandum
[#]1 sudu kecil esen vanilla
[#]110g mentega/marjerin
[#]Blueberry filling secukupnya

**Cara - Cara Membuat :

[*].Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.

[*].Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.

[*].Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)

[*].Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)

[*].Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.

[*].Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.

[*].Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata

[*].Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan

[*].Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.

[*].Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis

[*].Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis oven)

Jom share semua & selamat mencuba, Jangan Lupa Komen "SAYA SHARE" tQ