Teh 3 Layer ini semakin popular di Malaysia. Setiap kali ke kedai makan pastinya ada segelintir masyarakat yang akan membuat pesanan teh ini kerana rasanya seakan-akan air cendol.
Biasanya, lapisan bawah gula merah boleh didapati di dalam botol 'sirap gula' yang sedia untuk digunakan tetapi sukar dibeli di kedai-kedai runcit yang biasa. Sukatan adalah untuk menghasilkan 2 atau 3 gelas yang tinggi. Sukatan air gula, susu dan teh boleh diubahsuai ikut selera.
Bahan-bahan
200 ml susu cair
Ais secukupnya
Bahan Air Teh
200 ml air panas
1 uncang teh
Bahan air gula Melaka
80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan
- Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
- Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
- Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
- Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
- Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.
0 comments:
Post a Comment