Monday, 23 November 2015

RESEPI FRUIT TARTLETS AWESOME



Bahan-Bahan:

Bahan Pastry –

1 tsp esen vanilla
2 biji telur – suhu bilik
250gm butter – suhu bilik
500gm tepung gandum – diayak banyak kali
100gm gula icing – kurangkan kepada 50gm

Bahan Custard –

2 sudu makan custard
1/2 kotak susu segar @ 500ml susu segar
1 biji telur
200gm gula halus

Cara Membuat:

Pastry –

1. Ayak tepung bersama gula icing beberapa kali. Kemudian masukkan butter dan ramas sehingga ia menjadi serbuk roti.

2. Masukkan esen vanilla dan gaul hingga rata. Pecahkan telur di dalam bekas yang lain dan pukul mengunakan whisk tangan sehingga ia kembang.


3. Masukkan telur ke dalam bekas tepung dan gaul sehingga ia menjadi doh yang lembut. Panaskan oven pada suhu 180C bergantung pada oven anda masing-masing api atas bawah.

4. Ambil sedikit doh dan bentukkan di dalam acuan tartlet sebelum ia dibakar selama 10-15 minit atau sehingga keperangan, bergantung pada oven masing-masing. Tart shell boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan di dalam bekas kedap udara.

Custard –

1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang menggunakan whisk tangan sahaja. Tidak perlu sehingga gebu cukup sekadar kembang sahaja. Masukkan custard dan kacau hingga rata.

2. Kemudian masukkan susu segar dan kacau lagi sehingga rata. Masukkan bahan-bahan yang telah disatukan ini ke dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana.

3. Kacau perlahan-lahan sehingga ia berkilat dan kelihatan pekat. Angkat dan terus sudukan ke dalam kulit tart dengan segera kerana custard cepat mengeras.

4. Susun buah-buahan hiasan diatasnya. Jika ingin kelihatan berkilat, sapukan kunyaku jelly yang dicairkan diatas buah-buahan hiasan kegemaran anda.

P/S: Semua jenis buah-buahan dengan warna yang disukai seperti strawberry, anggur, kiwi, nenas dan lain-lain. Susun buah diatas custard sebagai hiasan. Boleh juga diletakkan tart diatas kertas cupcake.


Saturday, 21 November 2015

RESEPI BREAD BUTTER PUDDING & SOS KASTAD KOKTEL



BAHAN2 NYA: 


  • 10 keping roti gardenia 
  • 500 ml susu uht@ fresh milk 
  • 300 ml whip@fresh cream  (klu xde cream pn xpe ganti dgn susu tp rasanya ttp sedap..) 
  • 5 biji telur 100 gm gula castor 
  • 30 gm gula castor (utk ditabur atas puding just before bakar) 
  • 50 gm raisins sedikit potongan nenas tin (boleh gak ganti dgn lychee,epal hijau @ buah2an lain yg disukai) 
  • butter (untuk disapu pd setiap keping roti) 
  • esen vanilla 


Telur dan gula di pukul hingga gula hancur. then add milk, cream and esen vanilla dan pukul sebati. 

susun roti yg telah disapu mentega dan dipotong kecil ke dlm loyang pembakar.

sambil ditabur kismis dan potongan nenas diantara lapisan roti dan lapisan atas sekali.then tuangkan bancuhan susu tadi. 

Lastly taburkan gula castor diatas roti tadi sebelum dibakar supaya nanti ia akan caremelised on top of the pudding.(memberi bau yg lebih wangi lagi!) 

bakar didalam preheated oven @ 180 c secara water bath(letak loyang atas dulang berisi air utk memastikan kelembapan pudding itu) selama 40-45 minit.(ikut oven masing2) ** 
Hasilnya amat memuaskan hati sbb rasanya yg tidak begitu manis dan sangat lembut & lembap texturenya ala2 caramel puding. Sangat enak dimakan bersama aiskrim dan fruit cocktail..mmm yummy!  

Untuk Sos Kastad Koktel  
(boleh juga dimakan ngan fruit koktel biasa aje x yah wat sos kastad sbb puding nih dh sedia lemak berkrim) 


  • 1 tin fruit coctail beserta jusnya 
  • 1 tin susu cair 
  • 1 cawan air 
  • 1/2 cawan gula (manis ikut suka) 
  • 1 sudu besar tepung kastad 
  • secubit garam 


cara2: Kacau rata semua bahan dan masak sehingga mendidih. Sejukkan dalam petiais. bila sejuk bolehla dihidangkan bersama puding yg telah disediakan tadi. Layan.. 


sumber : inahar ali


Friday, 20 November 2015

RESEPI TEH 3 LAYER



Teh 3 Layer ini semakin popular di Malaysia. Setiap kali ke kedai makan pastinya ada segelintir masyarakat yang akan membuat pesanan teh ini kerana rasanya seakan-akan air cendol. 

Biasanya, lapisan bawah gula merah boleh didapati di dalam botol 'sirap gula' yang sedia untuk digunakan tetapi sukar dibeli di kedai-kedai runcit yang biasa. Sukatan adalah untuk menghasilkan 2 atau 3 gelas yang tinggi. Sukatan air gula, susu dan teh boleh diubahsuai ikut selera.

Bahan-bahan

200 ml susu cair
Ais secukupnya

Bahan Air Teh

200 ml air panas
1 uncang teh

Bahan air gula Melaka

80 g gula melaka
150 g gula merah
40 g gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan, disimpulkan


  • Jerang semua bahan air gula Melaka hingga mendidih.
  • Perlahankan api, renehkan hingga pekat (jangan terlalu pekat kerana ia akan menjadi keras bila sejuk). Biar sejuk.
  • Tuangkan air gula Melaka ke dalam gelas.
  • Tuangkan pula susu cair untuk lapisan tengah.
  • Akhir sekali, tuangkan air teh (perlahan-lahan) dan masukkan ais.


ANTARA PUNCA HILANGNYA REZEKI SUAMI, ISTERI DAN KELUARGA (WAJIB DIELAKKAN)



1. Sering bergaduh. 

Usahlah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan disekat...

2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban. 

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.

3. Selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. 

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah...

4. Lokek dengan pasangan dan anak-anak. 

Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama.

5. Gagal mengawal emosi dan amarah. 

Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Kurang sabar. 

Bersabarlah dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu duit...

7. Kurang berdoa. 

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.


Thursday, 19 November 2015

PETUA HILANGKAN KETUMBIT DENGAN CEPAT



PETUA HILANGKAN KETUMBIT DENGAN CEPAT

1- GUNA BAWANG PUTIH
Ambil seulas bawang putih.
Potong atau guris bahagian hujung.
Tunggu keluar air daripada bawang tu.
Ambil air tu dan sapu pada mata.
Buat tiga kali sehari.
InsyaAllah cepat sembuh.

2- GUNA SUDU 
Ambil sudu dan hangatkan dengan air panas.
Lepastu tuam pada kawasan ketumbit itu.
Buat selalu hingga pulih.

3- SELAWAT
Baca selawat pada mata yang kena ketumbit tu.
Kemudian buat-buat buang ketumbit tu dari mata.

4- KAIN BERSIH
Ambil kain bersih dan celup dalam air panas.
Kemudia tuam-tuam kawasan ketumbit tu.

5- KAIN PELIKAT/KAIN BATIK
Semasa ketumbit baru naik (baru nak jadi) ambik hujung kain pelikat atau kain batik.
Gergajikan ketumbit itu...insyaAllah ketumbit tu akan segera pecah dan hilang.

6- DAUN BELIMBING BULUH
Ambik daun belimbing buluh.
Basuh bersih-bersih.
Tumbuk sampai hancur.
Pupuk sekeliling kelopak mata.
Ulanglah beberapa kali.


Petua dan Cara Membuat Asam Pedas



Petua untuk membuat asam pedas yang sedap 

  1. Untuk mendapatkan keenakkan atau kesedapan kuah asam pedas, haruslah menggunakan ikan yang segar kerana kemanisan ikan segar itu akan membuatkan kuah asam pedas itu menjadi lebih sedap. (ikan yang tidak segar, boleh mengurangkan rasa keenakan asam pedas tersebut)
  2. Sebaiknya gunakanlah cili kering yang dikisar sendiri. Elakkan mengguna cili boh atau cili kasar yang tersedia ada dijual dikedai. (khuatir rasa keenakkan asam pedas kurang menyengat)
  3. Gunakan kunyit hidup. ( Elakkan menggunakan serbuk kunyit)
  4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. Pasti kuah asam pedas itu lebih nampak menarik.
  5. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
  6. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing-masing. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
  7. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. (bergantung kepada citarasa kita, ikan mana sedap untuk kita makan)
  8. Bahan sampingan yang sesuai dimasukkan dalam masakan ini ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan daun buas. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.


Resepi Asam Pedas Ikan Kembung





Bahan-bahannya:

  • 3-5 ekor ikan kembung (disiang dan dibersihkan)
  • 10-20 cili kering (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia ( dikisar)
  • 1/2 inci kunyit (dikisar)
  • sedikit belacan (option)
  • 2 biji Tomato (di kisar)
  • sedikit daun kesum
  • 4-8 biji bendi
  • Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
  • garam, gula & perasa.


Cara membuatnya:


  • 1. Tumis bahan kisar dan belacan (jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
  • 2. Masukkan buah tomato  kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
  • 3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
  • 4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
  • 5. Kacau seketika dan angkat.
Selamat mencuba!

Sumber : Wana Yusof


Sunday, 1 November 2015

RESEPI PUDING MILO SIMPLE

RESEPI PUDING MILO SIMPLE


RESEPI PUDING MILO SIMPLE

Bahan-bahan:
  • [+].10 gm agar-agar
  • [+].750 ml air
  • [+].150 gm gula
  • [+].1 tin susu cair

Milo (mengikut sukatan kepekatan yang anda suka)
Sedikit biskut coklat

Cara-cara menyediakannya:

[+].1. Masakkan agar-agar hingga larut kemudian tambahkan gula. Tapis dan kemudian campurkan dengan susu cair.

[+].2. Bahagian kepada dua bahagian. Satu bahagian lagi biarkan pada warna asal.

[+].3. Tuang adunan yang dicampurkan milo tadi ke dalam acuan dan biarkan beku. Keluarkan dari peti ais dan cakar-cakar dengan garpu.

[+].4. Tuangkan sedikit adunan tanpa warna di atas puding yang beku tadi.

[+].5. Letakkan biskut coklat di atasnya dan biakan sehingga beku.

[+].6. Cakar-cakar di atas puding dan tuangkan satu lagi bahagian milo. Bekukan.


Sumber: Seri Dewi & Keluarga


Sunday, 18 October 2015

[RESEPI RINGKAS] BAWAL MASAM MANIS / SWEET SOUR


RESEPI RINGKAS BAWAL MASAM MANIS / SWEET SOUR sungguh menyelerakan.


Bahan-bahannya :

[●] 1 ekor bawal
[●] 1 biji tomato dipotong dadu
[●] 1 biji bawang besar dipotong bulat
[●] 1 sudu kicap manis
[●] 1 sudu sos cili
[●] Daun sup
[●] Garam
[●] Minyak

Bahan A:

[●] 1 biji bawang besar
[●] 3 ulas bawang putih
[●] 5 cm halia
[●] 1 biji cili merah

Cara-caranya :

1. Goreng ikan bawal yang digaul dengan garam dan kunyit sehingga garing. ketepikan.

2. Kisar bahan A, kemudian tumis hingga naik bau, masukkan kicap, sos cili, bawang dan tomato.

3. Masukkan air ikut citarasa, biarkan mendidih.

4. Masukkn garam, biarkn seketika kemudian tutup api. Masukkan sedikit daun sup.

5. Tuangkan sos tersebut ke atas ikan yang telah digoreng tadi.

6. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.


Thursday, 15 October 2015

KEK LAPIS 3 DARA COMEL


KEK LAPIS 3 DARA COMEL

Bahan-bahanya :

10 biji telur
450gm mentega
1tin kecil nestle cream
1 tin susu manis
2 gelas tepung gandum
200gm horlick
2 bungkus tepung aiskrim vanila...200gm
1 botol kecil golden syrup
1/2 gelas gula halus
125gm milo

Mentega dipukul hingga kembang dan putih....
Telur + gula dipukul hingga kembang
Campur kedua2 adunan dan pukul hingga rata..
Masukkan susu , nestle , horlick , tpg aiskrim dan tepung.
Gaul sebati bagi 4....
1 - Milo
2 - Hijau
3 - pink + kàya
4- plain
Atau adunan dibagi 4....
Kukus berlapis2
Acuan 8x8.....guna api perlahan

****Bakar...asing kuning dan putih telur ..pukul berasingan..tambah 1 sudu ovalatte...baru disatukan...

Sumber :
Gambar : Mamamia Hariss
.
.
Sila Comment "Mohon Share" dan tekan Share supaya fanpage
lebih aktif di News Feed facebook anda.

SELAMAT MENCUBA!!!! 


Wednesday, 14 October 2015

Kek Batter Cheesecake


Kek Batter Cheesecake

Bahan-bahan


  • 3 8 bekas oz keju krim, pada suhu bilik (lihat nota)
  • 3 biji telur, pada suhu bilik
  • 1 14 oz boleh susu pekat manis
  • 1 1/2 sudu besar vanilla
  • 2 sudu kecil ekstrak badam **
  • 1/2 cawan taburan pelangi


Arahan


  1. Panaskan ketuhar anda kepada 375 darjah.
  2. Dengan pengadun anda rendah dan dengan lampiran dayung, pukul bersama-sama keju krim sehingga sebati. 
  3. Kemudian tuangkan ke dalam susu pekat, vanila, dan ekstrak badam manis. 
  4. Akhir sekali, pukul telur. 
  5. Teruskan mencampurkan sehingga anda tidak lagi boleh melihat kuning dan telur sepenuhnya. 
  6. Adunan mungkin mempunyai ketulan lagi pada akhirnya, tetapi tidak apa-apa.
  7. Perlahan-lahan campurkan semua taburan dengan sudu.
  8. Tuangkan adunan ke dalam bentuk spring pan 9 inci dan bakar selama 40 minit. 
  9. Hidupkan ketuhar dan membiarkan kek keju selama satu setengah jam tambahan.
  10. Keluarkan dari ketuhar dan sekurang-kurangnya empat jam dalam peti sejuk.




Nota

Ia adalah benar-benar penting bahawa keju krim adalah dalam suhu bilik. Saya meninggalkan keju krim saya keluar selama beberapa jam untuk mencapai ini. Selain itu, pastikan bahawa anda menggunakan keju jenama krim dan ia adalah lemak penuh.

** Saya telah menerima dua komen bahawa resipi rasa terlalu kuat ekstrak badam. Saya benar-benar suka ekstrak badam dan, jadi bagi saya ia benar-benar berkesan dalam resipi ini. Jika anda tidak suka ekstrak badam, anda boleh mengurangkan jumlah dalam resipi ini. Credit wineanglue.com


Salma Protege Erra Fazira Selamat Melahirkan Anak Perempuan


KUALA LUMPUR MALAYSIA : Pasangan dan penyanyi kelahiran program realiti tv, Azri dan Salma sekarang bergelar ibu bapa semalam. Salma penyanyi daripada program yang popular mencari bakat Mentor TV3 musim kelima menjadi protege Erra Fazira selamat melahirkan anak perempuan 9.31 malam 13/10/2015.

Bayi seberat 4.1 kilogram itu lahir secara pembedahan di Hospital Serdang. Azri yang juga bintang Akademi Fantasia musim kesembilan turut berkongsi keterujaannya. Pasangan ini berkahwin hujung Januari lalu. Ia perkahwinan pertama buat Azri dan kedua buat Salma.


Anak Salma menerusi perkahwinan pertama kini sudah berusia lapan tahun. "Keputusan untuk dia melahirkan anak ini agak mencemaskan saya sebenarnya. Doktor beritahu pembedahan ini berisiko tinggi kepada ibu dan jika dilahirkan secara normal ia akan berisiko kepada si anak pula." Doktor sebenarnya melihat kandungan bayi dalam perutnya agak besar dan mencadangkan untuk melakukan pembedahan saja.

Bahkan doktor turut memberitahu jika mahu bayi dilahirkan secara normal dibolehkan tetapi jika lambat keluar, akan menyebabkan bayi lemas atau cacat," katanya lagi. Salma dan Azri sepakat memberikan nama Andi Raisya Mohamad Azri kepada cahaya mata sulung mereka.



Tuesday, 13 October 2015

KEK MILO KUKUS SIMPLE RAKUS


KEK MILO KUKUS SIMPLE RAKUS

Sambil-sambil anda melawat didalam blog ini, apakata anda belajar cara muda buat kek milo kukus simple rakus ini.

Bahan-Bahan :

[+].1 cawan milo
[+].1 cawan gula
[+].1 cawan susu pekat manis
[+].1 cawan minyak masak
[+].1 cawan air Panas
semua di masak hingga larut
[+].2 cawan tepung gandum
[+].1 sudu teh baking powder
[+].1/2 sudu teh soda bekarbonat
Di ayak bersama
[+].3 biji telur.
di pukul kembang

CARA-CARA :

Masukkan telur dalam campuran milo.
kacau rata.
Masukkan tepung
sebatikan
Kukus 1 jam.

Jangan lupa tnggalkan komen anda didalam blog ini ye, terima kasih.


Monday, 12 October 2015

Homemade Aiskrim Meletop !!!


Buat hOmemade aiskrim lagi hari ini buat ikut resepi lain pulak, kali ini dapat 5 bekas besar, berbaloi sangat ikut resepi ini!! Bawah ini disertakan resepinya sekali....

BAHAN (Pakai MIXER)

• 1 tin susu pekat
• 2 tin air (sukat pakai tin susu)
• 1 sudu besar Ovalate
• 1 sudu besar tpg jgung
• 1 sudu kecik esen vanila

Cara-cara

  1. Susu pekat dan air di satukan dalam periuk,letak tepung jagung kacau hingga sebati. 
  2. Masak atas api tak perlu lama-lama sangat dan sejukkan. (Kalau manis tambah air hingga manis). 
  3. Masukan ovalate dan esen vanila, mixer hingga gebu dan kembang. (Kalau tambah air Ovalate pun tambah,agak-agak sahaja). 
  4. selepas itu boleh masukan perisa yang anda suka dan bekukan..


Selamat mencuba dan jangan lupa komen & share resepi ini.

sumber : wawa alias


RESEPI LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE SIMPLE


RESEPI LIGHT BLUEBERRY CHEESE CAKE SIMPLE

**Bahan - Bahannya :

[#]300ml susu segar
[#]6 keping keju kraft / 150g cream cheese
[#]3 biji telur gred A
[#]90g gula halus
[#]110g tepung gandum
[#]1 sudu kecil esen vanilla
[#]110g mentega/marjerin
[#]Blueberry filling secukupnya

**Cara - Cara Membuat :

[*].Panaskan oven pada suhu 180c,gris loyang dgn mentega dan tabur tepung atau alaskan dengan baking paper.

[*].Dengan api perlahan,panaskan susu dalam periuk dan masukkan kepingan keju. Kacau sehingga cair dan masukkan mentega/marjerin.Kacau sehingga mencair dan ketepikan.

[*].Asingkan putih dan kuning telur(kuning telur diletak di dalam bekas yg agak besar untuk 1 adunan)

[*].Pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue(adunan betul2 ringan sehingga bekas diterbalikkan adunan x tumpah)

[*].Pukul kuning telur sehingga berkrim dan tambahkan adunan susu yg dipanaskan tadi..kacau perlahan.

[*].Ayakkan tepung gandum ke dalam adunan dan kaup balik sehingga sebati.

[*].Setelah itu masukkan adunan meringue dan kaup balik lagi sehingga sekata

[*].Masukkan esen vanilla dan sebatikan adunan

[*].Ambil loyang yg sudah digris tadi dan masukkan 2 senduk adunan,picitkan blueberry filling (gunakan icing bag atau plastik bersih yg digunting sedikit hujungnya)dengan cara bulatan di sekeliling adunan.

[*].Setelah itu cedukkan lagi 2 sudu dan ulang langkah 9 sehingga adunan habis

[*].Bakar pada suhu 175c menggunakan kaedah bain marie(letakkan loyang adunan di dalam loyang lebih besar yg berisi air panas ketika membakar) selama 50 minit atau sehingga masak (bergantung pada jenis oven)

Jom share semua & selamat mencuba, Jangan Lupa Komen "SAYA SHARE" tQ