Thursday 19 November 2015

Filled Under:

Petua dan Cara Membuat Asam Pedas



Petua untuk membuat asam pedas yang sedap 

  1. Untuk mendapatkan keenakkan atau kesedapan kuah asam pedas, haruslah menggunakan ikan yang segar kerana kemanisan ikan segar itu akan membuatkan kuah asam pedas itu menjadi lebih sedap. (ikan yang tidak segar, boleh mengurangkan rasa keenakan asam pedas tersebut)
  2. Sebaiknya gunakanlah cili kering yang dikisar sendiri. Elakkan mengguna cili boh atau cili kasar yang tersedia ada dijual dikedai. (khuatir rasa keenakkan asam pedas kurang menyengat)
  3. Gunakan kunyit hidup. ( Elakkan menggunakan serbuk kunyit)
  4. Untuk pekatkan kuahnya jangan lebihkan cili kering kerana ia akan meningkatkan kepedasannya. Kisar 2-3 biji buah tomato dan masukkan kedalam tumisan asam pedas. Pasti kuah asam pedas itu lebih nampak menarik.
  5. Semasa menumis cili dan bawang pastikan ia betul-betul telah naik minyak barulah di tambah air.
  6. Sesuaikan rasa ikut citarasa masing-masing. Seimbangkan rasa masin dan masam lebih sedikit berbanding rasa manis.
  7. Ikan yang sedap dimasak asam pedas, sembilang, tenggiri, kembung, patin dan mayong. (bergantung kepada citarasa kita, ikan mana sedap untuk kita makan)
  8. Bahan sampingan yang sesuai dimasukkan dalam masakan ini ialah nenas, belimbing buluh, mangga muda, bendi, terung, daun kesum, bunga kantan, daun limau purut dan daun buas. Gunakan bahan tersebut bertukar-tukar untuk mengelakkan kebosanan dengan rasa asam pedas yang sama.


Resepi Asam Pedas Ikan Kembung





Bahan-bahannya:

  • 3-5 ekor ikan kembung (disiang dan dibersihkan)
  • 10-20 cili kering (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia ( dikisar)
  • 1/2 inci kunyit (dikisar)
  • sedikit belacan (option)
  • 2 biji Tomato (di kisar)
  • sedikit daun kesum
  • 4-8 biji bendi
  • Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
  • garam, gula & perasa.


Cara membuatnya:


  • 1. Tumis bahan kisar dan belacan (jika suka) kecuali buah tomato hingga naik minyak.
  • 2. Masukkan buah tomato  kisar, air asam jawa dan air secukupnya.
  • 3. Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan bendi.
  • 4. Apabila ikan masak sesuaikan rasa dan last masukkan daun kesum.
  • 5. Kacau seketika dan angkat.
Selamat mencuba!

Sumber : Wana Yusof




2 comments:

  1. Klau guna sos tomato utk pekatkn kuahny boleh jgk ke??😅😅😅

    ReplyDelete
  2. Klau guna sos tomato utk pekatkn kuahny boleh jgk ke??😅😅😅

    ReplyDelete